Friday 29 November 2013

Happy birthday Mama & me!


Assalammualaikum

Cuba teka hari ni hari apa? Mestilah hari sabtu! Hari sabtu harini 30/11/2013 hari jadi aku dengan mak aku! Dah 16 tahun dah aku. Alhamdulillah. Dah 38 tahun dah mak aku. Dah tua dah kami. Aku ni special sikit sebab birthday sama dengan mak sendiri woi! Bukan senang nak sama dengan birthday mak sendiri kau! Omg, excited doh! Tapi birthday kitorg dis year macam tahlah. Hambar maybe? Idk why. Aku rasa birthday aku sebelum2 ni lagi best. Nak tau sebab apa aku rasa macam hambar birthday kitorg harini?

~Abang takbalik rumah dan stay hostel sebab exam~
~Adik2 aku yg paling aku rapat balik kampung~
~Selalunya time birthday aku, ayah akan balik awal untuk keluar jalan2, tapi harini tak~
~Dapat hadiah lambat *K ini lawak*~

Agaknya ini kot yang membuatkan birthday kitorg sedikit hambar. Siapa tksedih kalau ada yang tak kena time hari special macam ni. *Special lah sangat!* Tapi apa boleh buat~ Bersyukur je lah sebab aku dan mak aku dipanjangkan usia hingga harini.

Jumaat: 29112013
Aku tengok running man pukul 1150 malam, dah pukul 12 tu ayah aku wish 
'Happy birthday mama'
'Happpy birthday adik'
Kekadang aku gelak jugak boleh pulak aku lahir sama tarikh dengan mama. Kuasa Allah :)
Masatu jugak cousin aku, Kak Murni sms aku dengan mak aku
'Selamat Ulangtahun Kelahiran, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta apa yang dihajati selama ini menjadi kenyataaan'
Kak Murni ni bagus gila orangnya, dia set tarikh birthday makcik2 pakcik2 nenek aku semua, then dia wish. Bagus kan? :D

Sabtu : 30112013
Dah solat subuh tu aku tidur balik, ye lah aku tau mana boleh tidur lepas solat subuh tapi aku ngantuk ko faham tak? Pukul 715 pagi jiran depan rumah aku sms aku

'Happy besday Mimi :)' Aku tersenyum sendirian dan sambung tidur *puih ayat*

Pukul 9 aku tersedar sebab adik2 aku masuk bilik dengan baju yang 
ala2 flawless macam kakak diorg *kakak diorg, aku lah*sebenarnya diorg adik2 angkat aku, tapi aku anggap macam adik sendiri sebab mak aku jaga diorg dari kecik, mak diorg yang sms aku pagi tadi* nama adik2 aku ni Jannah dan Irfan. Budak2 ni masuk bilik aku dan

'Happy birthday kakak!' -Jannah-
'Nah hadiah untuk kakak! Mama dah dapat satu' -Irfan-

Aku pun terpisat-pisat bangun. Blur. Nasib baik awak 2 orang bawak hadiah untuk kakak masa awak kejut kakak, kalau awak kejut kakak lpastu takde hadiah kakak hempuk dengan mesin basuh mama *kejam* aku pun terharu gila kot bangun2 tidur je dapat hadiah, kan best hari2 macamtu. Jannah dan Irfan kemain gembira bagi hadiah. Aik? Bagi hadiah pun gembira yek? Senyum sampai ke telinga! Apa2 je lah budak2 ni. 

Dah siap bangun, kemas rumah, mandi apa semua, aku bukak twitter dengan wasep. Kemain diorg wish birthday aku. Kawan2, sepupu2, pakcik2, makcik2 habis wasep nya aku. Terharu. Auww~ Leka main twitter tetiba abang postman datang. Aku ingat siapa tadi. Ingatkan ayah dengan abang balik rupanya abang postman yang datang daa

'Assalammualaikum, mama ema dan mimi ada?'-postman-
'Waalaikumsalam, mama ema? Apa pelik nama tu? Mimi sana tu'-mama- *Tunjuk arah aku yang diri kat grill*
'Entahlah, dia tulis kat sini mama ema'-postman-
'Sayalah mama ema nya'-mama-
'Sign sini'-postman-
*sign*'Ada apa eh?'-mama-
*Bagi bunga*'Ada orang kirim bunga'-postman-
'Ohh terima kasih ye'-mama

Aku kat pintu grill dah macam wohoho birthday dapat bunga doh! Aku pun amik bunga tu ala2 boyfriend bagi bunga time birthday. Ala yang macam dalam drama korea tu! Aku pun berangan sendiri 'wuyoo boyfriend aku bagi hadiah'
Mama aku pun tanya siapa yang bagi bunga tu? Aku baca kad dia. Ohh dari cousin aku ngupanya. Cousin aku nama dia Kak Jaja. Thx kak! Lawa bunga ni. Teddy bear lebih dari 4 ketul. Bunga ros lebih dari 5 tangkai. Lawa! Aku pun fefeeling bau sejambak bunga tu macam ada secret admirer yang bagi. Ohh tinggi sungguh imaginasi mu Mimi. Sweet kot cousin aku tu.

Aku pun tengok Kak Jaja bagi hadiah, aku pun gegedik nak bagi mama hadiah
'Ma, orang nak bagi gak ah hadiah kat mama. Nak bagi sekarang ke malam nanti?'
'Malam je'

Nada mak aku tu macam tkcaya je aku dah beli hadiah untuk dia. Sekali aku cakap nak bagi sekarang mak aku angguk je lah, Sekali aku keluarkan mak aku terkejut sambil cakap

'Bila awak beli ni?'

Haa baru tau macamana aku beli sedangkan aku jarang gila gila gila keluar rumah. Lpastu mak aku cakap lagi

'Bila awak beli? Cane awak beli? Bila masa awak keluar?'

Bertubi kau soklan mak aku. Tu ah takcaya kan? Lepastu aku boleh pulak TERLEPAS CAKAP dekat mak aku yang aku suruh abang bellikan hadiah sebelum balik rumah. Aku pun macam

'Aduhhh, cane boleh tercerita pulak ni!'

Mak aku bantai gelak sebab mak aku tau aku blur sikit. Sebelum aku bagi hadiah kat mak aku aku nyanyikan lah lagu hari jadi untuk mak aku. Kekononnya mak aku terharu lah tu. Eh puih.

Lepastu abang aku call petang ni dia nak balik rumah sebab birthday kitorg. Aku dah nampak cahaya keserian dekat muka mama. Ewah. Alhamdulillah, mama suka. Bayangkan mati2 aku ngan mak aku inat abang takbalik rumah. Mesti ah mak aku sedih kan? Aku siap2 nak pergi jalan2 dengan family, nak celebrate katanya lah ye. Semua dah siap2 nak keluar tapi sebelum keluar tu ayah pergi beli ais krim untuk digantikan dengan kek. Kitorg mmg takmakan kek, jadi ayah pergi beli ais krim satu tapuwe*taktau nak eja* Apa tah nama aiskrim tu tapi mmg sedap! Lepastu celebrate kat rumah dulu. Hadiah belum bukak sebab nak keluar. Ayah cakap nak celebrate kat Pelabuhan Klang. Ahh lebih kurang lah. Tapi mama kata jauh sangat. So kita celebrate dekat2 je. Takpe, janji perut ni tak kosong. Lapar wey.

Kitorg makan2 dulu, dah makan tu pergi mall. Mama kata nak cari hadiah untuk aku sebab mama tkbeli hadiah lagi. Hahahaha, takde hadiah pun takpe lah, dah tua buat pe nak hadiah? Dah mama offer aku pun cakap lah takkisah pun nak bagi apa2. Sebenarnya aku nak satu floral sneakers ni, lawa kau. Tapi takyah lah, lain kali saja. Mama belikan aku 2 benda. Takyah lah bagitau. Jalan punya jalan, kitorg balik rumah. Dah balik tu aku ajak mak aku bukak hadiah. Yeay excited kau! Mak aku bukak lah hadiah2 yg dia dapat. Aku pun pelagi? Bukak jugak ah! Yeay, syukur alhamdulillah banyak gak aku dapat hadiah even dah masuk 16 tahun. Yeay Yang taktahan bila mama tahu harga hadiah yang ayah, abang dan aku bagi. Mak aku boleh terjumpa resit hadiah tu! Padahal aku dah renyuk2 bagi kecik, tapi masalahnya lupa nak buang -.- Lepastu kitorg cakap lah

'Ada discount lah' 

Itu jelah cerita dan kenangan aku masa umur 16 tahun ni yang tkseberapa bagi korg. Aku rasa pakcik makcik aku nak bagi hadiah lah :p Kbye :)

Thursday 28 November 2013

Korea punya cenghita

Assalammualaikum

Okay ini post yang kedua aku. *kedua lah sangat!* Harini aku nak cenghita pasal Korea! OMG! K, over. Selama ni aku langsung takminat Korea. Kawan2 aku yg lain semua sibuk cerita pasal Korea dalam kelas, aku kat tepi macam tunggul kayu yg sedia utk tumbang. Yelah, aku langsung tktau apa2 pasal Korea, tu sbb aku diam je kat tepi diorg. Kawan2 aku berusaha penat lelah untuk mempengaruhi mindaku pasal Korea. Tapi aku langsung takmakan pujuk rayu diorg utk aku minat Korea ni. *Ayat macam pftt*. 

*terobek time form 2*
Them: Mi, kau kena tengok running man! Beli HD! 
Me: *krik krik krik*

Itulah reaksi aku bila diorg suruh tengok cerita Korea. Masa cerita Boys Over Flower tu pun aku tengok gak, tapi macam tahlah, takminat agaknya. Layan sikit2 je cerita tu. Itulah 1st drama Korea yg aku tengok. 1st penyanyi Korea yg aku minat Jae Joong. Muka dia cute, sbb tu aku suka. Siapa tah yg recommend kan Jae Joong tu pada aku tah. Tiba2 jatuh hati pada Jae Joong tu. Itupun sikit2 je k. Lepastu aku minat Jae Joong tu kejap je, pastu takminat dah. Hati masih tkboleh terima Korea2 ni. Ehem. Masa aku form 2 tu, cuma ayah je yg minat cerita Korea. Sempat lg tu layan My Fairlady. Eh betul kan tajuknya tu? Ha jangan main2, ayah seorang yg pendiam kat rumah tapi tegas kat tempat kerja boleh minat drama Korea? Bak kata org, dalam hati ada taman bunga. Aww~

So sekarang ni 2013, sekian lama aku tksentuh langsung pasal Korea dan langsung tak ambik tau. Bila ada channel 395, ha engkau! Secara tiba2 aku boleh pulak TERminat dekat Korea. Korg pun tahu kan, ada apa kat 395 tu selain 393? Mesti ah ada Running Man! Sejak tu mmg aku minat gila dekat RM. Tkdelah minat gila, tapi boleh dikatakan minat jugaklah. Dalam hati aku

*Oh, ini ke RM yg diorg asyik bising masa form 2 tu?*

Selalunya malam aku dalam bilik untuk buat apa yg patut, lepastu ayah siap ketuk lagi pintu bilik aku dan cakap

"Dik, running man dah start!"

Kau nampak tak betapa sayangnya ayah pada aku? Siap bagitau lagi. *Meluat* Bukan takat ayah sorg je, abang aku pun sama! Masatu hari sabtu, aku tidur siang, abang masuk bilik aku dan cakap

"Oi dik, bangun2! RM awak tu dah start dah! Bangun cepat nanti habis!" *sambil goyang2 kan badan aku*

Haih kok ye pun takyah ah sampai buat cemtu pada aku woi. Cerita tu baru je start weh. Lama lagi nak habisnya. Bila aku keluar nak tengok RM je, abang cakap

"Ingatkan tanak tengok tadi"

Gila kau tanak tengok?! Baru2 ni aku pergi Ampang Point dengan family. Kalau aku, pergi mana2 je, mesti dan wajib aku untuk masuk Popular. Nak tengok novel apa yg best2. Tapi tkbeli pun sebab aku taktau novel apa yg best. Tetiba

"Dik, buku RM lah"

Aku pun macam wuyoo buku RM lahhh. Sekali tengok harga dia 'RM14.90'. Eh okay lah tu! Aku pandang mak aku, mak aku pandang tempat lain -.- Yelah, mak aku dah janji nak belikan novel. So malas nak mintak mak aku belikan buku RM tu. Baik diam. Lepastu dah keluar tu abang aku tanya

"Kenapa takbeli buku tu? Abang ada duit ni"
"Takpelah"

Dah jalan2 tu agaknya aku TERmasam kan muka sebab tkdapat beli buku tu, abang aku pun ternampak muka aku yg macam cencurut tu, dia pun tanya

"Awak nak eh buku tu?"
Aku geleng2

Aku geleng bukan apa, tapi tahlah, malas nak susahkan orang. Itu je...

Bektodastorey, 1st drama Korea yg aku minat gila2...THE HEIRS! HAHAHAHAHA! DRAMA NI MEMANG AKU MINAT WOI! Ops tercapslock pulak. Tapi serious gila weh aku jatuh cinta dengan The Heirs ni! Semua cute2, jambu2, babyface. Gambar kat atas tu gambar Lee Min Ho! Dia cute gila dalam cenghita tu! K. Sampai kawan aku cakap

"Wuu, dah minat Korea sampai tengok kat youtube~"
 Lebih kurang ah dia cakap.

Kawan2 aku mmg tau aku takminat Korea, diorg pun agak terkejut lah sbb tiba2 aku cerita pasal RM dgn The Heirs. Jangan jealous kita minat Korea ni tau. Kbye :)

Sorry okay?!

Asslammualaikum

Sory.. Aku asyik delete je post dekat blog ni. Nak tau sbb apa aku delete? Sbb post yang aku delete tu mencerminkan diri aku yang takberapa matang. Lawak kan? Dah berapa banyak aku post dan berapa banyak aku delete. Ada je yang tak kena. K, dah tanak delete apa2 lg dah. *Ye je ngko Mimi oi* Cuba engko bayangkan, aku nak 'melabur' pun aku tulis kat blog. K tipu. InsyaAllah kalau ada benda best atau benda menarik aku post itupun kalau ada masa lah ye? Yelah, aku kan Spm next year ada masa ke nak post semua ni? Bajet betul 'Mimi The Flawless' ni. Hmmm.

Dah lama tak menaip pepanjang cenggini. Kena exercise jari lah sebelum menaip. Engko bayangkan lg, last aku menaip pepanjang masa form 2! Sbb form 2 ada class ICTL. Start form 3 manade dah class ICTL. Yelah form 3 ada kena menaip ke untuk buat folio? Entah ler, guenya gak inget. Form 4 manade folio bagai tu. Ha lg satu, aku mintak maaf zahir dan batin kalau post2 aku sebelum ni membuatkan korg tersinggung kepe. Eceh. But im serious k mintak maaf. Forgive and forget. Kalau aku, forgive je, yg forget tu perlu dipertimbangkan. Aku ni cakap org, tp sendiri pun tkbetul. Iye dak? Sampai sini je kata2 aku yg tkbermanfaat utk korg semua. K bye :)